50 kematian, 6,166 kes baharu

BANGKOK 5 Julai – Sebanyak 6,166 kes baharu jangkitan Covid-19 dan 50 kematian akibat koronavirus itu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 289,233 kes dan 2,276 meninggal dunia..

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 17 kematian direkodkan di Bangkok, sembilan di Nonthaburi, enam di Samut Prakan dan tiga di Chachoengsao.

Dua kematian masing-masing dilaporkan di Nakhon Pathom, Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Samut Sakhon, masing-masing satu kes di Chanthaburi, Nakhon Nayok, Nakhon Sawan, Rayong dan Suphan Buri.

Bangkok turut merekodkan kes tertinggi dengan mencatatkan 1,729 kes diikuti Samut Prakan (411), Samut Sakhon (389), Pathum Thani (352),  Songkhla (318), Chonburi 279, Nonthaburi 270, Ayutthaya 212, Nakhon Pathom 143 dan Pattani 133.

Bagi 12 kes import yang melibatkan warganegara Thai, 10 orang pulang dari Kemboja dan dua dari Myanmar.

Sebanyak 223,437 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 2,594 kes yang direkodkan hari ini di mana 63,520 sedang mendapatkan rawatan.

Sementara itu, bagi program vaksinasi, sebanyak 10,777,748 dos telah disuntik termasuk 106,851 dos hari ini.

Related posts

Leave a Comment