Jangkitan harian hampir 30,000

JAKARTA 5 Julai – Indonesia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi apabila angka jangkitan menghampiri 30,000 orang dengan mencatatkan 29,745 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2,313,829.

Kes harian tertinggi sebelum ini adalah 27,913 orang yang direkodkan pada 3 Julai lalu.

Bagi kes kematian pula, ia juga rekod tertinggi setakat ini dengan 558 kes menjadikan jumlah keseluruhan 61,140 orang telah meninggal dunia.

Lima provinsi menambah kes baharu tertinggi iaitu Jakarta 10.903 kes, Jawa Barat 6.971, Jawa Tengah 3.447, Jawa Timur 1.543, Yogyakarta 1.465, Banten: 541 dan Nusa Tenggara Timur 461.

Sementara itu pesakit sembuh pula bertambah 14.416 orang menjadikan jumlah kumulatif 1,942,690  sementara kes aktif pula lebih 300,000 orang.

Related posts

Leave a Comment