1,247 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 6 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,247 lagi kes baharu Covid-19 dan 15 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 494,032 oramg manakala kematian pula 7,891 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,429 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 474,368.

Sebanyak 11,773 kes aktif dilaporkan di mana 1,350 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Daerah Asir merekodkan kes tertinggi iaitu 273, diikuti daerah Timur 234, Makkah 220, dan Riyadh 206.

Related posts

Leave a Comment