Saudi gantung penerbangan ke 3 negara

RIYADH 3 Julai – Arab Saudi menggantung penerbangan ke tiga negara –  Emiriyah Arab Bersatu, Habsyah dan Vietnam, sebagai langkah perlindungan daripada satu varian koronavirus Covid-19. Menurut Kementerian Dalam Negeri, langkah itu diambil tujuh minggu setelah kerajaan membenarkan warga negara itu yang sudah mendapat vaksinasi penuh melakukan perjalanan ke luar negara, selepas larangan perjalanan lebih setahun. UAE, dan terutama Dubai, adalah destinasi percutian utama bagi warga Arab Saudi dan penggantungan itu akan bermula Ahad. Bagi warga dan penduduk Arab Saudi yang pulang dari negara-negara tersebut dikehendaki menjalani kuarantin selama 14…

Read More

Lonjakan Covid-19 di Indonesia

JAKARTA 3 Julai – Lonjakan Covid-19 terus berlaku di Indonesia apabila angka jangkitan mencecah 27,913 kes, jumlah tertinggi setakat ini berbanding 25,830 yang direkodkan semalam. Bagaimanapun jumlah kematian pula turun sedikit kepada 493 kes berbanding 539 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 2,256,851 dengan 60,027 kematian manakala kes aktif pula meningkat kepada 281,677. Untuk rekod, mulai hari ini sehingga 20 Julai pemerintah Indonesia mengetatkan protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.…

Read More

1,148 kes baharu di Arab Saud

RIYADH 3 Julai – Arab Saudi merekodkan 15 kematian dan 1,148 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 1,338 kes yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif 7,863 kematian dan 491,612 kes positif dengan 12,199 kes aktif, 1,364 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,222 pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 471,550. Daerah Timur Arab Saudi merekodkan 314 kes diikuti Makkah 265, Riyadh 219 dan Asir 137. Sementara itu 18,185,434 dos telah disuntik melalui 587 pusat vaksinasi di seluruh negara.

Read More

Kes di Filipina cecah 1.4 juta

MANILA 3 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,908 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,430,419. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 90 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,063 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 7,698 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan kes pulih meningkat kepada 1,351,691 orang atau 94.5 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 53,665 kes aktif direkodkan atau 3.8 peratus.

Read More

6,658 kes baharu 107 kematian

PUTRAJAYA 3 Julai – Sebanyak 6,658 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 772,607 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada 6,658 kes berkenaan, sebanyak 6,647 kes membabitkan jangkitan tempatan sementara  66,958 kes masih aktif. Sebanyak 892 pesakit menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 443 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. Di samping itu sebanyak 107 kes kematian membabitkan Covid-19 hari ini direkodkan menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan setakat ini adalah 5,434…

Read More

8 lokaliti 5 negeri kena PKPD

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti di lima negeri – Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Kelantan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Kawasan terlibat dalam PKPD berkuat kuasa 5 sehingga 18 Julai ialah Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan; tiga lokaliti dalam daerah Kuala Muda, Kedah (Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang termasuk Taman Cahaya PKNK). Selain itu, Taman Zifa, Bingkul, Beaufort dan Kampung Simpangan, Kota Marudu, Sabah; Kampung Bukit Tanah, Mukim…

Read More

5 negeri beralih ke Fasa 2 PPN

PUTRAJAYA 3 Julai – Lima negeri – Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa Isnin, 5 Julai, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, beliau berkata, peralihan kelima-lima negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan. Indikator itu ialah kes harian Covid-19 bawah 4,000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU), serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada keseluruhan populasi. “Dengan ini saya…

Read More

Selangor capai angka 3,000 kes

PUTRAJAYA 3 Julai – Akhirnya Selangor mencapai angka 3,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 3,047 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 257,590. Selangor juga merupakan satu-satunya negeri yang mencecah empat angka dan menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan kes harian seluruh negara yang kini berjumlah 772,607. Turut merekodkan peningkatan kes adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 699 berbanding 606 semalam, Sarawak 361 (440), Melaka 345 (202), Sabah 322 (230), Pulau Pinang – 142 (351) dan Terengganu 51 (44). Perlis yang sifar kes semalam mencatatkan dua kes.…

Read More

Singapura lapor tujuh kes

SINGAPURA 3 Julai – Singapura melaporkan empat jangkitan tempatan Covid-19 dan tiga kes import setakat tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kesemua kes tempatan berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya dan telah dikuarantin. Tiga kes import pula sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura. Salah satu kes dikesan sebaik tiba di sini, manakala dua lagi jatuh sakit semasa tempoh SHN atau pengasingan. Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 62,606 kes Covid-19 dengan 36 orang meninggal dunia akibat penyakit itu.

Read More

6,230 kes baharu di Thailand

BANGKOK 3 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 6,230 kes baharu berbanding 6,087 semalam serta 41 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 277,151 dan 2,182 kematian. Sebanyak 5,936 kes melibatkan orang awam termasuk empat kes import manakala 294 lagi kes di penjara. Kes sembuh baharu pula melibatkan 3,159 orang pesakit menjadikan jumlah keseluruhan 217,499 orang.. Bangkok merekodkan kematian tertinggi iaitu 29 orang dan juga mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,917. Samut Prakan merekodkan 479 kes, Pathum Thani 448, Chon Buri 294, Samut Sakhon…

Read More