Singapura lapor tujuh kes

SINGAPURA 3 Julai – Singapura melaporkan empat jangkitan tempatan Covid-19 dan tiga kes import setakat tengah hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kesemua kes tempatan berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya dan telah dikuarantin.

Tiga kes import pula sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura.

Salah satu kes dikesan sebaik tiba di sini, manakala dua lagi jatuh sakit semasa tempoh SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 62,606 kes Covid-19 dengan 36 orang meninggal dunia akibat penyakit itu.

Related posts

Leave a Comment