6,230 kes baharu di Thailand

BANGKOK 3 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 6,230 kes baharu berbanding 6,087 semalam serta 41 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 277,151 dan 2,182 kematian.

Sebanyak 5,936 kes melibatkan orang awam termasuk empat kes import manakala 294 lagi kes di penjara.

Kes sembuh baharu pula melibatkan 3,159 orang pesakit menjadikan jumlah keseluruhan 217,499 orang..

Bangkok merekodkan kematian tertinggi iaitu 29 orang dan juga mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,917.

Samut Prakan merekodkan 479 kes, Pathum Thani 448, Chon Buri 294, Samut Sakhon 277, Nonthaburi 257, Pattani 197, Pattani 172, Nakhon Pathom 169 dan Yala 159.

Empat kes import pula melibatkan warganegara Thai yang pulang dari luar negara iaitu dua dari kemboja dan masing masing saru dari Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu.

Related posts

Leave a Comment