Selangor capai angka 3,000 kes

PUTRAJAYA 3 Julai – Akhirnya Selangor mencapai angka 3,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 3,047 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 257,590.

Selangor juga merupakan satu-satunya negeri yang mencecah empat angka dan menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan kes harian seluruh negara yang kini berjumlah 772,607.

Turut merekodkan peningkatan kes adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 699 berbanding 606 semalam, Sarawak 361 (440), Melaka 345 (202), Sabah 322 (230),

Pulau Pinang – 142 (351) dan Terengganu 51 (44).

Perlis yang sifar kes semalam mencatatkan dua kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan penurunan dari 637 kepada 616,

Johor 414 (517), Pahang 200 (329), Wilayah Persekutuan Labuan 108 (131), Kedah 145 (257), Perak 101 (182), Kelantan 89 (129) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 (20).

Related posts

Leave a Comment