1,148 kes baharu di Arab Saud

RIYADH 3 Julai – Arab Saudi merekodkan 15 kematian dan 1,148 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 1,338 kes yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif 7,863 kematian dan 491,612 kes positif dengan 12,199 kes aktif, 1,364 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,222 pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 471,550.

Daerah Timur Arab Saudi merekodkan 314 kes diikuti Makkah 265, Riyadh 219 dan Asir 137.

Sementara itu 18,185,434 dos telah disuntik melalui 587 pusat vaksinasi di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment