8 lokaliti 5 negeri kena PKPD

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti di lima negeri – Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Kelantan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Kawasan terlibat dalam PKPD berkuat kuasa 5 sehingga 18 Julai ialah Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan; tiga lokaliti dalam daerah Kuala Muda, Kedah (Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang termasuk Taman Cahaya PKNK).

Selain itu, Taman Zifa, Bingkul, Beaufort dan Kampung Simpangan, Kota Marudu, Sabah; Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, PKPD Mukim Kuala Kuantan 2, Kuantan, Pahang bermula dari 4 sehingga 17 Julai 2021.

Katanya, lanjutan PKPD Taman Merbau Utama (kecuali Blok B dan C), Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan akan bermula pada 5 sehingga 18 Julai 2021.

Sementara itu, beliau berkata penamatan PKPD Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan, Sabah; Fasa 1 & Fasa 2, Taman Digot, Penampang, Sabah; dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa 4 Julai 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan.

Sementara itu Ismail Sabri menjelaskan, seramai 711 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, seramai 672 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (169), tidak memakai pelitup muka (121), tiada penjarakan fizikal (116), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (61), membawa penumpang berlebihan (23) dan lain-lain kesalahan (221).

Sementara dalam Operasi BENTENG (Op BENTENG) pada Jumaat telah menangkap 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat.

Related posts

Leave a Comment