Saudi gantung penerbangan ke 3 negara

RIYADH 3 Julai – Arab Saudi menggantung penerbangan ke tiga negara –  Emiriyah Arab Bersatu, Habsyah dan Vietnam, sebagai langkah perlindungan daripada satu varian koronavirus Covid-19.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, langkah itu diambil tujuh minggu setelah kerajaan membenarkan warga negara itu yang sudah mendapat vaksinasi penuh melakukan perjalanan ke luar negara, selepas larangan perjalanan lebih setahun.

UAE, dan terutama Dubai, adalah destinasi percutian utama bagi warga Arab Saudi dan penggantungan itu akan bermula Ahad.

Bagi warga dan penduduk Arab Saudi yang pulang dari negara-negara tersebut dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari.

Warganegara itu dilarang “melakukan perjalanan secara langsung atau tidak, tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada … pihak berkuasa”.

Tanpa menyatakan  “penularan virus baharu yang bermutasi”, ia dipercayai varian Delta yang semakin meningkat di merata dunia.

Varian itu, yang pertama kali dikesan di India dan kini terdapat di sekurang-kurangnya 85 negara, adalah varian paling mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Covid-19.

Minggu lalu UAE mengumumkan telah mencatat kes varian Delta dan menangguh penerbangan ulang alik ke India.

Related posts

Leave a Comment