Lonjakan Covid-19 di Indonesia

JAKARTA 3 Julai – Lonjakan Covid-19 terus berlaku di Indonesia apabila angka jangkitan mencecah 27,913 kes, jumlah tertinggi setakat ini berbanding 25,830 yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian pula turun sedikit kepada 493 kes berbanding 539 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 2,256,851 dengan 60,027 kematian manakala kes aktif pula meningkat kepada 281,677.

Untuk rekod, mulai hari ini sehingga 20 Julai pemerintah Indonesia mengetatkan protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Menurut laporan media, di Jakarta, jalan-jalan utama ditutup bagi membataskan pergerakan orang ramai, selain penutupan pusat membeli belah, rumah ibadat, arahan bekerja dari rumah untuk sektor non essential dan penutupan pusat reakreasi serta larangan makan di restoran, kedai makan atau di warung.

Walaupun kes positif yang direkodkan tinggi, kes sembuh juga merekodkan angka tertinggi iaitu 13,282 mengatasi rekod 8 Februari 2021, sebanyak 13,038 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan 1,915,147 orang atau 84.9 peratus.

Provinsi Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 5,682 dengan kumulatifnya 478,915, diikuti Jawa Barat 2.275 (329.410), Jawa Tengah 1,500 (211,722), Jawa Timur 638 (153,722) dan orang dan kumulatifnya 153.722 Yogyakarta 424 (49,675).

Lima wilayah yang merekodkan kes positif harian tertinggi hari ini adalah Jakarta yang merekodkan 9,702 dengan kumulatifnya 570,110 , Jawa Barat 5.393 (397,947), Jawa Tengah 3,224 (262,325), Jawa Timur 1,439 (177,257), Yogyakarta 1,358 (63,634).

Jawa Tengah merekodkan 188 kematian dengan jumlah kumulatifnya 11.156 orang, Jawa Timur 80 ( 12.827), Jakarta 40 ( 8.516), Jawa Barat 38 (5,492) dan  Yogyakarta 36 (1.656). 

Sementara itu jumlah penerima vaksin meningkat sebanyak 681.419 orang dengan jumlahnya melebihi 31 juta atau 31.573.240 orang. Jumlah yang menerima vaksinasi kedua juga meningkat menjadi 13.922.732 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 152.625 orang.

Related posts

Leave a Comment