Kes di Filipina cecah 1.4 juta

MANILA 3 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,908 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,430,419.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 90 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,063 kematian.

Pada masa yang sama, sebanyak 7,698 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan kes pulih meningkat kepada 1,351,691 orang atau 94.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 53,665 kes aktif direkodkan atau 3.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment