Kes harian tertinggi Indonesia

JAKARTA 1 Julai – Kes positif baharu Covid-19 terus mencatatkan lonjakan apabila merekodkan 24,836 kes, jumlah tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020. Semalam, sebanyak 21,807 kes dicatatkan,  angka tertinggi yang mengatasi hari-hari lain yang melepasi 21,000 kes iaitu 21,095 (26 Jun) dan 21,342 (27 Jun). Menurut data di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,203,108 manakala 1,890,287 pesakit sudah sembuh. Sebanyak 504 lagi kematian dilaporkan sejak 12 tengah hari Rabu-12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah…

Read More

1,534 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 1 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,534 kes baharu Covid-19 menjadikan  jumlah keseluruhan 489,126 . Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 7,832 kematian. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,487 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 469,120. Sebanyak 12,174 kes aktif dilaporkan dan 1,389 dalam keadaan kritikal. Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 377 diikuti daerah Timur 337,;Riyadh 310 dan Asir 156.

Read More

Thailand rekod 57 kematian

BANGKOK 1 Julai – Thailand merekodkan 57 kematian, tertinggi setakat ini dengan jumlah kes jangkitan baharu sebanyak 5,533 menjadikan jumlah keseluruhan 2,080 orang meninggal dunia dan kumulatif kes 264,834. Daripada 5,533 kes yang dilaporkan, sebanyak 99 peratus atau 5,489, adalah orang awam termasuk 12 kes import dan 44 lagi adalah dalam kalangan banduan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,223 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Bagi kes kematian pula, 54 adalah warga Thai, sementara yang lain warga Kemboja, Pakistan dan India. Bangkok…

Read More

Tempoh masa dos kedua AZ disingkatkan

PUTRAJAYA 1 Julai – Tempoh masa bagi dos kedua membabitkan kira-kira sejuta penerima vaksin AstraZeneca di negara ini akan dipendekkan daripada 12 minggu ke sembilan minggu berikutan ketibaan satu juta dos vaksin sumbangan Kerajaan Jepun, hari ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata penerima vaksin berkenaan pada Mei lalu akan mula mendapat notifikasi untuk dos kedua dalam masa terdekat. Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu lalu. Sebanyak sejuta dos vaksin AstraZeneca tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur…

Read More

21 lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 1 Julai – Sebanyak 21 lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di negara ini membabitkan tempat kerja, komuniti, dan kumpulan berisiko tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kluster tempat kerja masih menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 11 kluster selain komuniti (sembilan) dan kumpulan berisiko tinggi (satu). Berikut kluster terlibat: Kluster Dah Batik Industri Sungai Petani – Melibatkan kategori tempat kerja di Kuala Muda, Kedah. – Seramai 103 disaring, 35 positif. Kluster Dah Mawar Biru – Melibatkan kategori tempat kerja di Bandar Baharu, Kedah. – Seramai 33…

Read More

Operasi Patuh besar-besaran

PUTRAJAYA 1 Julai –  Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran dan bersepadu esok memberi tumpuan ke atas negeri-negeri yang masih mencatatkan jangkitan harian Covid-19 yang tinggi seperti Selangor dan Kuala Lumpur, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin. Beliau berkata operasi itu yang melibatkan semua agensi berkaitan dan diketuai oleh ketua polis daerah, akan menyasarkan kawasan perindustrian termasuk tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi berdasarkan pemetaan yang dibuat sebelum ini. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP serta arahan kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan…

Read More

Kes harian menghampiri 7,000

PUTRAJAYA 1 Julai – Bukan semakin turun tetapi terus meningkat sehingga  menghampiri 7,000 kes dengan 6,988 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini. Perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 758,967 jangkitan di Malaysia, dengan 65,453 kes aktif. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak lima kes import dilaporkan melibatkan dua warganegara dan tiga bukan warganegara manakala daripada 6,983 kes tempatan melibatkan 5,271 warganegara dan 1,712 bukan warganegara Sebanyak 84 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan, hari ini. Selangor merekodkan 46 kematian, masing-masing enam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan…

Read More

PKPD 8 daerah Selangor, 14 lokaliti KL

KUALA LUMPUR 1 Julai –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim dan juga 14 lokaliti di Kuala Lumpur berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM. “Semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari…

Read More

Sampai bila ‘lockdown, shutdown, down…’

PINJAM tajuk dalam bahasa Inggeris tetapi teks masih kekal dalam bahasa Melayu. Tajuk sekadar memudahkan penulis untuk menyampaikan mesej Mesejnya, seperti diketahui umum, penutupan ‘secara penuh’ melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup sehingga ramai yang susah, runsing, tertekan dan murung. Akibatnya ada yang sanggup bunuh diri tanpa sempat ‘memberi isyarat’ bendera putih atau meluahkan apa yang terbuku kepada keluarga, rakan, jiran, ketua kampung, imam dan sebagainya supaya mereka boleh diselamatkan. Adakah tindakan itu juga disebabkan masjid dan surau ditutup? Hakikatnya di situ juga pusat mengadu…

Read More

Selangor terus melonjak

PUTRAJAYA 1 Julai – Selangor terus menambah jumlah kes harian Covid-19 dengan menghampiri angka 3,000 apabila melaporkan 2,885 kes berbanding 2,836 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 251,636 kes. Dengan angka itu, juga Selangor satu-satunya negeri yang merekodkan kes harian melebihi 2,000 dan terus menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan peringkat kebangsaan hari ini yang berjumlah 6,988 kes. Turut mencatatkan pertambahan kes adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 988 kes berbanding 625 semalam diikuti Negeri Sembilan 692 (644), Sarawak 544 (376), Melaka 311 (223), Kedah 250 (226), Pulau Pinang 174 (131),…

Read More