PERSATUAN Perubatan British (BMA) memaklumkan, mogok doktor selama 48 jam akan diadakan di England bermula dari 06:59 GMT pada 25 November hingga 06:59 GMT pada 27 November bagi membantah isu gaji rendah.
Menurut satu kenyataan, BMA kecewa dengan ketiadaan kemajuan dalam pertikaian bersama kerajaan dan dalam tempoh mogok itu, hanya rawatan kecemasan disediakan kepada pesakit sepanjang tempoh berkenaan.
Golongan doktor menyifatkan cadangan kenaikan gaji sebanyak 2.4 peratus oleh kerajaan sebagai tidak wajar kerana gagal menampung kadar inflasi untuk kali ketiga berturut-turut, ketika beban dan intensiti kerja terus meningkat.
Kenyataan itu berkata hampir suku daripada doktor mengambil cuti akibat tekanan sepanjang 12 bulan lepas; 30 peratus tidak mampu menampung beban kerja mereka dan kelesuan melampau menjadi punca utama rakan sekerja meninggalkan profesion ini.
