Kes harian tertinggi Indonesia

JAKARTA 1 Julai – Kes positif baharu Covid-19 terus mencatatkan lonjakan apabila merekodkan 24,836 kes, jumlah tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Semalam, sebanyak 21,807 kes dicatatkan,  angka tertinggi yang mengatasi hari-hari lain yang melepasi 21,000 kes iaitu 21,095 (26 Jun) dan 21,342 (27 Jun).

Menurut data di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,203,108 manakala 1,890,287 pesakit sudah sembuh.

Sebanyak 504 lagi kematian dilaporkan sejak 12 tengah hari Rabu-12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 58,995 orang.

Peningkatan kes baharu sejak dua minggu lalu, dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri dan varian Delta yang lebih cepat menular.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh bertambah lagi sebanyak 9,874 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,890,287

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh yang tinggi adalah Jakarta yang mencatatkan 3.527, Jawa Tengah 1,675, Jawa Barat 1,284, Jawa Timur 695 dan Yogyakarta 365.

Sementara itu, Jakarta merekodkan 7.541 kes dengan kumulatifnya 551.009, Jawa Barat 6.179, Jawa Tengah 2.624, Jawa Timur 1.397 dan Yogyakarta 895 kes. 

Related posts

Leave a Comment