Kes harian menghampiri 7,000

PUTRAJAYA 1 Julai – Bukan semakin turun tetapi terus meningkat sehingga  menghampiri 7,000 kes dengan 6,988 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 758,967 jangkitan di Malaysia, dengan 65,453 kes aktif.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak lima kes import dilaporkan melibatkan dua warganegara dan tiga bukan warganegara manakala daripada 6,983 kes tempatan melibatkan 5,271 warganegara dan 1,712 bukan warganegara

Sebanyak 84 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan, hari ini.

Selangor merekodkan 46 kematian, masing-masing enam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Johor, lima kes di Sabah, masing-masing empat kes di Sarawak dan Melaka, tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan, dua kes di Pahang, serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Selain itu, 917 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 445 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat jam 12 tengah hari, seramai 5,580 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 688,260 kes.

Related posts

Leave a Comment