Thailand rekod 57 kematian

BANGKOK 1 Julai – Thailand merekodkan 57 kematian, tertinggi setakat ini dengan jumlah kes jangkitan baharu sebanyak 5,533 menjadikan jumlah keseluruhan 2,080 orang meninggal dunia dan kumulatif kes 264,834.

Daripada 5,533 kes yang dilaporkan, sebanyak 99 peratus atau 5,489, adalah orang awam termasuk 12 kes import dan 44 lagi adalah dalam kalangan banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,223 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Bagi kes kematian pula, 54 adalah warga Thai, sementara yang lain warga Kemboja, Pakistan dan India.

Bangkok merekodkan 34 kematian diikuti sembilan dari Samut Prakan, tiga Pathum Thani, dua Nakhon Pathom dan Nakhon Nayok dan setiap satu dari Chiang Rai, Chaiyaphum, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Samut Sakhon dan Suphan Buri.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 1,960 kes diikuti Samut Prakan 435, Pathum Thani 321, Samut Sakhon 298, Songkhla 272, Chon Buri 261, Nakhon Pathom 231, Nonthaburi 224, Pattani 180 dan Yala 136.

Dua belas kes import pula melibatkan sembilan orang dari Kemboja, dua Myanmar

dan seorang warga Thai yang pulang dari Maldives.

Sebanyak 52,052 pesakit sedang menerima rawatan termasuk 1,971 dalam keadaan kritikal dan 566 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment