Tawaran AS1 juta lapor penipuan pilihan raya

PRESIDEN Donald Trump mengumumkan rancangan menawarkan ganjaran AS$1 juta kepada individu yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat (AS) akan datang.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Presiden AS itu menegaskan laporan atau maklumat itu mesti membawa kepada penangkapan dan sabitan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Katanya , sesiapa sahaja yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal 2026 (3 November) akan menerima AS$1 juta selepas pihak yang melakukan penipuan itu ditangkap dan disabitkan kesalahan!

Pengumuman itu dibuat ketika AS bersiap sedia menghadapi pilihan raya separuh penggal minggu depan yang bakal menentukan parti mana akan menguasai Kongres, di tengah-tengah pertikaian politik yang semakin memuncak berhubung integriti pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment