Selangor terus melonjak

PUTRAJAYA 1 Julai – Selangor terus menambah jumlah kes harian Covid-19 dengan menghampiri angka 3,000 apabila melaporkan 2,885 kes berbanding 2,836 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 251,636 kes.

Dengan angka itu, juga Selangor satu-satunya negeri yang merekodkan kes harian melebihi 2,000 dan terus menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan peringkat kebangsaan hari ini yang berjumlah 6,988 kes.

Turut mencatatkan pertambahan kes adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 988 kes berbanding 625 semalam diikuti Negeri Sembilan 692 (644), Sarawak 544 (376), Melaka 311 (223), Kedah 250 (226), Pulau Pinang 174 (131), Perak 149 (137), Terengganu 50 (20).

Tujuh negeri merekodkan kes yang kurang berbanding semalam iaitu Johor yang merekodkan 270 berbanding 299 semalam, Sabah 232 (242), Pahang 195 (210), Wilayah Persekutuan Labuan 129 (132), Kelantan 108 (159), Wilayah Persekutuan Putrajaya 10 (11) dan Perlis 1 berbanding lima kes semalam.

Related posts

Leave a Comment