1,534 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 1 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,534 kes baharu Covid-19 menjadikan  jumlah keseluruhan 489,126 .

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 7,832 kematian.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,487 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 469,120.

Sebanyak 12,174 kes aktif dilaporkan dan 1,389 dalam keadaan kritikal.

Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 377 diikuti daerah Timur 337,;Riyadh 310 dan Asir 156.

Related posts

Leave a Comment