NZ gantung perjalanan bebas kuarantin

WELLINGTON: New Zealand hari ini menggantung aturan perjalanan bebas kuarantin dengan Australia selama tiga hari, dengan Wellington merujuk kepada “beberapa” penularan Covid-19 di negara jiran itu. Pengumuman itu dibuat ketika perintah berkurung selama dua minggu dimulakan di Sydney bagi membendung penularan pantas varian Delta koronavirus. Lebih 80 kes dilaporkan di bandar terbesar Australia itu sejauh ini manakala segelintir kes dalam masyarakat juga dicatatkan di Wilayah Utara, Victoria dan Queenslands sejak beberapa hari lalu. “Namun, memandangkan kadar tinggi penularan jangkitan yang dikatakan daripada varian Delta serta hakikat bahawa kini terdapat beberapa…

Read More

Berkurung lebih ketat di Sydney

SYDNEY: Sydney melaksanakan langkah berkurung yang ketat selama dua  minggu mulai Sabtu (26 Jun) ketika pihak berkuasa berusaha membendung penularan koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit di bandar terbesar di Australia itu. Lebih daripada sejuta orang di pusat bandar Sydney dan pinggir bandar timur bandar itu sudahpun dikenakan perintah berkurung akibat penularan itu, namun pihak berkuasa kesihatan mengumumkan mereka perlu memperluaskan lagi langkah tersebut setelah lebih banyak kes Covid-19 dicatatkan, dengan tapak pendedahan meningkat di luar kawasan yang awalnya menimbulkan keprihatinan. Langkah penutupan itu, yang diumumkan oleh Ketua Menteri…

Read More

1,301 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Jun – Arab Saudi merekodkan merekodkan 1,301 kes baharu Covid-19 dengan 17 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 482,003 kes dan 7,760 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,376 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 463,004 orang. Makkah masih mendahului kes harian tertinggi iaitu 306 diikuti Riyadh 298, daerah Timur 225 dan Asir 185. Terdapat 11,239 kes aktif dan 1,450 dalam keadaan kritikal..

Read More

Kes di India cecah 30 juta

NEW DELHI 26 Jun – Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di India hari ini meningkat kepada 30,183,143 dengan 48,698 kes baharu  yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, angka korban naik kepada 394,493 setelah 1,183 kematian akibat koronavirus dilaporkan sejak pagi Jumaat. Terdapat 595,565 kes aktif di negara itu, merosot sebanyak 17,303 kes sepanjang tempoh 24 jam lalu dan dalam tempoh sama 64,818 kes sembuh dilaporkan. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 86 hari kurang 600,000 kes aktif dicatatkan. Sejak pandemik itu melanda India, lebih 29.1 juta pesakit…

Read More

Sembilan kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 26 Jun – Sebanyak 14 lagi kluster baharu dikesan di negara ini dengan sembilan daripadanya merupakan Kluster Tempat Kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini meningkat kepada 868 kluster manakala sebanyak 1,887 kluster telah diisytiharkan tamat. Daripada jumlah Kluster Tempat Kerja, tiga dikesan di Selangor masing-masing membabitkan daerah Kuala Langat dan Sepang (Kluster Industri Tanjung Suria); dan dua di daerah Sepang iaitu Kluster Tapak Bina Cybersouth Utama dan Kluster Industri Jalan Enam Salak Tinggi. Dua kluster di Johor membabitkan…

Read More

Kenyataan PKP 3.0 lanjut palsu

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kementerian Pertahanan menafikan telah mengeluarkan kenyataan kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi seperti tersebar di media sosial hari ini. Gambar yang tular mengenai kenyataan media menteri berkenaan disahkan palsu. Kementerian Pertahanan membuat penafian itu di dalam Facebook kementerian berkenaan pada Sabtu. Dalam kenyataan palsu kononnya oleh Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang tular itu, ia menyebut PKP 3.0 akan dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021. Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas…

Read More

Lonjakan kes berterusan di Indonesia

JAKARTA 26 Jun – Lonjakan kes terus berlaku di Indonesia apabila 21,095 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kenaikan harian tertinggi berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 2,093,962 kes tertinggi dalam kalangan negara di Asia Tenggara. Untuk rekod, jumlah kes tertinggi sebelum ini adalah pada 25 Jun dengan merekodkan 20,574 kes, pada 21 Jun 14,536 kes dan 15,308 pada 23 Jun. Pada masa yang sama, sebanyak 358 kematian akibat koronavirus dilaporkan, menjadikan angka korban meningkat kepada 56,729 orang.…

Read More

PKPD di 7 kawasan Sabah, Pahang

KUALA LUMPUR 26 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikenakan di tujuh kawasan di Sabah dan Pahang, mulai Isnin ini sehingga 11 Julai berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata di Pahang, PKPD akan dilaksanakan di Tringkap, Cameron Highlands dan sekitar Bandar Jerantut. Di kawasan Tringkap, dalam tempoh dua minggu sebanyak 70 kes dikesan hasil saringan ke atas 592 orang penghuni di lokaliti itu. “Di Bandar Jerantut, dalam tempoh 15 hari sehingga semalam (26 Jun) terdapat 186 kes positif Covid-19 dilaporkan selepas 421 penduduk…

Read More

Kes harian kekal lebih 5,000

PUTRAJAYA 26 Jun – Kes jangkitan harian Covid-19 masih kekal melebihi 5,000 kes apabila jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 5,803 berbanding 5,812 yang dilaporkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan 728,462 kes. Daripada jumlah kes positif yang direkodkan hari ini, sebanyak 5,793 merupakan kes tempatan sementara 10 lagi kes import. “Sebanyak 5,193 kes sembuh dengan menjadi jumlah kes sembuh di negara ini ialah 662,932 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham juga memaklumkan, sebanyak 81 lagi kes kematian direkodkan…

Read More

92 kematian di Filipina

MANILA 26 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 6,871 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,391,911. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 92 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 24,244 kematian. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1,314,220 orang atau 94.4 peratus termasuk 8,720 orang pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Kes aktif pula sebanyak 53,447 atau 3.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More