Kes harian kekal lebih 5,000

PUTRAJAYA 26 Jun – Kes jangkitan harian Covid-19 masih kekal melebihi 5,000 kes apabila jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 5,803 berbanding 5,812 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan 728,462 kes.

Daripada jumlah kes positif yang direkodkan hari ini, sebanyak 5,793 merupakan kes tempatan sementara 10 lagi kes import.

“Sebanyak 5,193 kes sembuh dengan menjadi jumlah kes sembuh di negara ini ialah 662,932 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, sebanyak 81 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,884 kes.

Setakat ini, sebanyak 866 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 435 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment