Kes di India cecah 30 juta

NEW DELHI 26 Jun – Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di India hari ini meningkat kepada 30,183,143 dengan 48,698 kes baharu  yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, angka korban naik kepada 394,493 setelah 1,183 kematian akibat koronavirus dilaporkan sejak pagi Jumaat.

Terdapat 595,565 kes aktif di negara itu, merosot sebanyak 17,303 kes sepanjang tempoh 24 jam lalu dan dalam tempoh sama 64,818 kes sembuh dilaporkan.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 86 hari kurang 600,000 kes aktif dicatatkan.

Sejak pandemik itu melanda India, lebih 29.1 juta pesakit sudahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Related posts

Leave a Comment