1,301 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Jun – Arab Saudi merekodkan merekodkan 1,301 kes baharu Covid-19 dengan 17 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 482,003 kes dan 7,760 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,376 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 463,004 orang.

Makkah masih mendahului kes harian tertinggi iaitu 306 diikuti Riyadh 298, daerah Timur 225 dan Asir 185.

Terdapat 11,239 kes aktif dan 1,450 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment