Kenyataan PKP 3.0 lanjut palsu

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kementerian Pertahanan menafikan telah mengeluarkan kenyataan kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi seperti tersebar di media sosial hari ini.

Gambar yang tular mengenai kenyataan media menteri berkenaan disahkan palsu.

Kementerian Pertahanan membuat penafian itu di dalam Facebook kementerian berkenaan pada Sabtu.

Dalam kenyataan palsu kononnya oleh Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang tular itu, ia menyebut PKP 3.0 akan dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021.

Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas mengambil kira kes baharu positif Covid-19 yang masih melepasi 3,000 kes setiap hari.

Tarikh penguatkuasaan total lockdown atau PKP 3.0 akan berakhir 28 Jun ini.

Keputusan mengenai status PKP 3.0 dijangka diketahui esok.

Related posts

Leave a Comment