Berkurung lebih ketat di Sydney

SYDNEY: Sydney melaksanakan langkah berkurung yang ketat selama dua  minggu mulai Sabtu (26 Jun) ketika pihak berkuasa berusaha membendung penularan koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit di bandar terbesar di Australia itu.

Lebih daripada sejuta orang di pusat bandar Sydney dan pinggir bandar timur bandar itu sudahpun dikenakan perintah berkurung akibat penularan itu, namun pihak berkuasa kesihatan mengumumkan mereka perlu memperluaskan lagi langkah tersebut setelah lebih banyak kes Covid-19 dicatatkan, dengan tapak pendedahan meningkat di luar kawasan yang awalnya menimbulkan keprihatinan.

Langkah penutupan itu, yang diumumkan oleh Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, juga akan merangkumi daerah Blue Mountains, Central Coast dan Wollongong, yang mengelilingi Sydney.

Sekatan di Sydney yang mempunyai lebih lima juta penduduk, adalah yang terbaru dalam siri perintah berkurung singkat tetapi ketat yang dilaksanakan di bandar-bandar Australia sejak beberapa bulan lalu untuk memerangi penularan kecil Covid-19.  COVID-19.

Di bawah peraturan yang berkuat kuasa hingga 9 Julai, orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah untuk pekerjaan penting, rawatan perubatan, pendidikan atau membeli barang keperluan. Bahagian lain wilayah akan mengenakan had ke atas perhimpunan awam dan pelitup wajib dipakai dalam bangunan.

“Tidak ada gunanya melaksanakannya selama tiga hari atau lima hari kerana ia tidak akan berkesan,” kata Berejiklian semasa sidang media.

Wilayah New South Wales melaporkan 29 kes jangkitan tempatan Covid-19 pada Sabtu.

Related posts

Leave a Comment