1,261 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 8 Jun – Kes positif Covid-19 bertambah 100 kes hari ini apabila merekodkan 1,261 kes baharu berbanding 1,161 yang dicatatkan semalam manakala 17 lagi kematian dilaporkan . Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kes positif kini meningkat kepada 459,968 dengan 7,488 kematian. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 922 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 442,782. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 401 diikuti Riyadh 304, Timur 167 dan Madinah 84. Sebanyak 9,698 kes aktif dilaporkan dan 1,580 dalam keadaan kritikal.

Read More

Indonesia tambah 6,294 kes

JAKARTA  8 Jun – Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,869,325 selepas 6,294 lagi kes baharu direkodkan manakala kes sembuh mencapai 1,717,370 orang termasuk 5,805 pesakit yang pulih hari ini. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,992 berikutan 189 lagi dilaporkan meninggal dunia sementara kes aktif bertambah 300 dengan jumlah keseluruhan 99.963 kes. Jawa Tengah merekodkan 1,489 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 208,172, diikuti Jawa Barat 1.073 (322,624), Jakarta 755 (437,087), Jawa Timur 389 (157,016) dan Riau 345 (63,803). Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi pula adalah Jawa…

Read More

970 ingkar arahan PKP 3.0

KUALA LUMPUR 8 Jun – Polis menahan 970 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0), di mana 917 individu dikompaun, 49 direman, serta empat lagi yang lain dijamin. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan termasuk tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, dan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.. Mengenai Op Benteng pula, seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan termasuk merampas lima buah kenderaan darat. Seramai 380 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemua…

Read More

Kru KD Mahawangsa positif atas kapal

KUALA LUMPUR 8 Jun – Seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa disahkan positif Covid-19, sewaktu di atas kapal, dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kesemua anak kapal terbabit telahpun menjalani ujian saringan RTK-Antigen sebelum menaiki kapal berkenaan, dan keputusan awal mendapati mereka negatif. “Sebelum naik kapal dah buat ujian saringan tapi keputusan dia mungkin tiga hingga empat hari baru dapat. Sebelum naik (keputusan ujian) semua negatif, tetapi di atas kapal, positif. Jadi kita asingkan mereka dan…

Read More

Sasaran 200,000 sehari diberi vaksin

ISKANDAR PUTERI 8 Jun – Sehari lebih 200,000 orang. Itu sasaran kerajaan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 mulai Julai ini kepada lebih 200,000 orang dan kemudian ditingkatkan kepada lebih 300,000 orang sehari mulai Ogos. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata antara langkah yang dilakukan bagi mencapai angka itu termasuk membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara. “Jika kita boleh lakukannya, saya yakin kita boleh capai sasaran kita untuk memvaksin 80 peratus daripada penduduk menjelang Oktober,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)…

Read More

5,566 kes baharu 76 kematian

PUTRAJAYA 8 Jun – Malaysia mencatatkan sebanyak 5,566 kes Covid-19 hari ini,  meningkat sedikit berbanding 5,271 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat adalah kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu merekodkan sebanyak 76 kes menjadikan jumlah kumulatifnya kini adalah 3,536 kes. Kematian melibatkan 18 kes di Selangor, 13 di Johor,sembilan  di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh  di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga  di Terengganu,…

Read More

Lima negeri catat penurunan

PUTRAJAYA 8 Jun – Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes walaupun tidak dalam jumlah yang besar manakala Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan penurunan kes. Perlis satu-satunya negeri yang tidak berubah apabila kekal satu kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 539 berbanding 538 semalam. Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi di mana daripada jumlah keseluruhan kes harian peringkat pusat iaitu 5,566, sebanyak 1,524 adalah dari Selangor Kes di Selangor itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 1,374 semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu…

Read More

Kes baharu Thailand 2,662

BANGKOK 8 Jun – Sebanyak 2,662 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Thailand hari ini dengan 28 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 182,548 kes dan 1,297 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, 2,128 adalah kes dalam masyarakat termasuk 16 kes import manakala 534 lagi melibatkan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan 11 lelaki dan 17 wanita yang berumur antara 40 hingga 92 tahun. Kebanyakan menghidap pelbagai penyakit. Bangkok turut merekodkan 23 kematian diikuti setiap satu di Chachoengsao, Nakhon Ratchasima, Ratchaburi, Pathum Thani dan Surat Thani.…

Read More

Sembilan kes di Singapura

SINGAPURA 8 Jun – Singapura melaporkan sembilan kes baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,219. Satu daripada empat jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini ada hubung kait dengan kes-kes lalu dan sudah dikenakan kuarantin. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kes tempatan tanpa hubung kait termasuk dua jangkitan dalam masyarakat dan satu di asrama pekerja. Lima kes import pula termasuk dua warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) negara ini. Kesemua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Read More