Kes baharu Thailand 2,662

BANGKOK 8 Jun – Sebanyak 2,662 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Thailand hari ini dengan 28 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 182,548 kes dan 1,297 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, 2,128 adalah kes dalam masyarakat termasuk 16 kes import manakala 534 lagi melibatkan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan 11 lelaki dan 17 wanita yang berumur antara 40 hingga 92 tahun. Kebanyakan menghidap pelbagai penyakit.

Bangkok turut merekodkan 23 kematian diikuti setiap satu di Chachoengsao, Nakhon Ratchasima, Ratchaburi, Pathum Thani dan Surat Thani.

Sementara itu, sebanyak 1,495 kes tempatan yang dilaporkan adalah di hospital manakala 617 melalui ujian pengesanan.

Bangkok yang kini merekodkan 74 kluster turut merekodkan kes tertinggi iaitu 1,098 diikuti Samut Prakan 269 dan Pathum Thani 80 dan Samut Prakan 77.

Kes di penjara pula melibatkan 415 di penjara Bang Kwang, 115 Chachoengsao dan Klong Prem.

Kes sembuh pula meningkat kepada 131,999 berikutan 2,483 lagi pesakit pulih  direkodkan dan sehingga semalam, 49,252 pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital termasuk 1,281 yang kritikal dan 359 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment