1,261 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 8 Jun – Kes positif Covid-19 bertambah 100 kes hari ini apabila merekodkan 1,261 kes baharu berbanding 1,161 yang dicatatkan semalam manakala 17 lagi kematian dilaporkan .

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kes positif kini meningkat kepada 459,968 dengan 7,488 kematian.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 922 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 442,782.

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 401 diikuti Riyadh 304, Timur 167 dan Madinah 84.

Sebanyak 9,698 kes aktif dilaporkan dan 1,580 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment