970 ingkar arahan PKP 3.0

KUALA LUMPUR 8 Jun – Polis menahan 970 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0), di mana 917 individu dikompaun, 49 direman, serta empat lagi yang lain dijamin.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan termasuk tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, dan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran..

Mengenai Op Benteng pula, seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan termasuk merampas lima buah kenderaan darat.

Seramai 380 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemua mereka telah diarah menjalani proses kuarantin wajib.

Pada Isnin, seramai 21 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, enam individu dilaporkan positif COVID-19.

Secara kumulatifnya, seramai 698,491 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan melibatkan 36,177 majikan.

Daripada jumlah itu juga, 10,339 individu turut disahkan positif.

Related posts

Leave a Comment