Sembilan kes di Singapura

SINGAPURA 8 Jun – Singapura melaporkan sembilan kes baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,219.

Satu daripada empat jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini ada hubung kait dengan kes-kes lalu dan sudah dikenakan kuarantin.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kes tempatan tanpa hubung kait termasuk dua jangkitan dalam masyarakat dan satu di asrama pekerja.

Lima kes import pula termasuk dua warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) negara ini.

Kesemua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment