5,566 kes baharu 76 kematian

PUTRAJAYA 8 Jun – Malaysia mencatatkan sebanyak 5,566 kes Covid-19 hari ini,  meningkat sedikit berbanding 5,271 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat adalah kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu merekodkan sebanyak 76 kes menjadikan jumlah kumulatifnya kini adalah 3,536 kes.

Kematian melibatkan 18 kes di Selangor, 13 di Johor,sembilan  di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh  di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga  di Terengganu, masing-masing dua di Perak dan Pahang, serta masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 82,797 kes,” katanya menerusi kenyataan media.

Setakat ini, jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 903 kes dan daripada jumlah itu, 458 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 541,319 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 6,962 kes hari ini.

Related posts

Leave a Comment