Lima negeri catat penurunan

PUTRAJAYA 8 Jun – Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes walaupun tidak dalam jumlah yang besar manakala Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan penurunan kes.

Perlis satu-satunya negeri yang tidak berubah apabila kekal satu kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 539 berbanding 538 semalam.

Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi di mana daripada jumlah keseluruhan kes harian peringkat pusat iaitu 5,566, sebanyak 1,524 adalah dari Selangor

Kes di Selangor itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 1,374 semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu setakat tengah hari ini 205,044.

Sarawak merekodkan 707 kes berbanding 703 semalam, diikuti Negeri Sembilan 505 (571), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 466 (455) dan Johor 456 (355).

Sabah merekodkan 350 berbanding 336 semalam, Melaka 314 (178), Perak 225 (177), Kelantan 204 (341), Wilayah Persekutuan Labuan 191 (209), Pulau Pinang 185 (153), Pahang 157 (99), Kedah 148 (194), Terengganu 106 (117) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 27 (8).

Related posts

Leave a Comment