Indonesia tambah 6,294 kes

JAKARTA  8 Jun – Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,869,325 selepas 6,294 lagi kes baharu direkodkan manakala kes sembuh mencapai 1,717,370 orang termasuk 5,805 pesakit yang pulih hari ini.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,992 berikutan 189 lagi dilaporkan meninggal dunia sementara kes aktif bertambah 300 dengan jumlah keseluruhan 99.963 kes.

Jawa Tengah merekodkan 1,489 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 208,172, diikuti Jawa Barat 1.073 (322,624), Jakarta 755 (437,087), Jawa Timur 389 (157,016) dan Riau 345 (63,803).

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi pula adalah Jawa Barat sebanyak 996 kes dan kumulatifnya 297,194, Jakarta 948  (kumulatif 417.919), Jawa Tengah 684 (184.299), Riau 638 (57.197) serta Kepulauan Riau  426 (14,178).

Jawa Timur pula merekodkan kematian tertinggi harian iaitu 34 dan kumulatifnya 11.539, Jawa Tengah 33 (9,449), Jawa Barat 26 (4,360), Jakarta 20 (7,333), Riau 13

(1.708).

Sementara itu bagi program vaksinasi,lebih 18 juta atau 18.260.482 orang telah menerima vaksin termasuk 484,564 penerima hari ini manakala 11,366,025 melengkapkan dos vaksin mereka.

Related posts

Leave a Comment