586,700 dos AstraZeneca bulan depan

KUALA LUMPUR 30 Jun – Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca mengesahkan sebanyak 586,700 dos vaksin akan dihantar ke Malaysia awal bulan depan dan akan disusuli penghantaran tambahan dos vaksin terbabit dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Presiden AstraZeneca bagi Malaysia, Dr Sanjeev Panchal, berkata jadual penghantaran terbaharu untuk bekalan Malaysia membuktikan usaha sama antara kerajaan, industri dan pihak berkaitan dalam menyokong pemulihan kesihatan dan ekonomi.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkaitan dalam berdepan krisis peningkatan kes positif sekali gus meletakkan Malaysia kembali di atas landasan normal secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 828,000 dos vaksin AstraZeneca sudah dihantar ke Malaysia dan sedang berusaha untuk menghantar bekalan itu bagi mencapai sasaran 6.4 juta dos vaksin menjelang awal tahun depan menerusi sumbangan dan program perkongsian vaksin global (COVAX).

Related posts

Leave a Comment