Thailand catat 53 kematian

BANGKOK 30 Jun – Angka kematian akibat Covid-19 di Thailand meningkat kepada 53 orang berbanding 36 semalam manakala jumlah kes pula 4,786 berbanding 4,662 yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 259,301 sementara 2,023 orang lagi telah meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 4,659 kes melibatkan orang awam termasuk sembilan kes import manakala 127 lagi dalam kalangan banduan penjara.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, 2,415 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 207,479.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 24-97 tahun, di mana 49 adalah warga Thai dengan Bangkok mencatatkan 35 kematian.

Ini diikuti tiga kes di Pathum Thani dan Samut Prakan, dua masing-masinf di Nakhon Pathom, Yala dan Songkhla, dan satu di Chanthaburi, Nakhon Sawan, Pattani, Uttaradit, Ubon Ratchathani dan Chon Buri.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 1,826 diikuti Samut Prakan 433, Samut Sakhon 253, Chon Buri 208, Nakhon Pathom 191, Pathum Thani 177, Songkhla 157 , Nonthaburi 155, Yala 106 dan Pattani 81.

Bangkok turut merekodkan dua kluster dengan 25 kes dalam komuniti dan 94 kes di kawasan kem pekerja binaan.

Sembilan kes import pula melibatkan kes dari Kemboja (7) dan dua ketibaan dari Myanmar.

Related posts

Leave a Comment