Brunei catat kes ke-260

BANDAR SERI BEGAWAN 29 Jun – Kementerian Kesihatan merekodkan satu lagi kes import, yang ke-119 dan kes Covid-19 yang ke-260 di Brunei Darussalam. Dalam satu kenyataan semalam, kes melibatkan seorang lelaki berumur 42 tahun yang tiba ke negara ini daripada Manila pada 16 Jun 2021. Beliau tidak mempunyai sebarang tanda jangkitan dan hasil siasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak rapat bagi kes baharu ini memandangkan kes ini telah dikurantin sebaik sahaja tiba ke negara ini. Menurut kenyataan itu lagi, Brunei Darussalam mencatatkan 419 hari kes sifar, iaitu bagi…

Read More

Vaksinasi catat 231,733 dos harian

KUALA LUMPUR 30 Jun – Kadar pemberian vaksin Covid-19 harian kembali mencatat lebih 200,000 dos semalam, dengan catatan 231,733 dos, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Ini menjadikan 7,824,912 dos vaksin Covid-19 sudah diagihkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Daripada jumlah itu, 5,610,911 atau 17.2 peratus daripada populasi negara sudah menerima dos pertama, manakala 2,214,001 atau hampir tujuh peratus menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19. Sementara itu data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal paling ramai menerima vaksin dengan lebih 988,698 individu…

Read More

Perlis berjemaah di masjid mulai esok

KANGAR 30 Jun – Mulai Subuh esok, semua masjid seluruh Perlis dibenarkan mengadakan solat berjemaah dengan kapasiti maksimum mengikut saiz sesuatu masjid, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Kebenaran itu hanya terpakai di masjid sahaja sementara sebarang aktiviti di surau masih kekal ditangguhkan. Dalam titahnya, baginda berkata perkenan berkenaan dilaksanakan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa Covid-19 di Perlis yang dilihat semakin terkawal serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada oleh masyarakat Perlis. “Sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar…

Read More

Tempoh menunggu dos dipendekkan

SINGAPURA 30 Jun – Tempoh menunggu minimum antara dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech atau Comirnaty, dan Moderna dipendekkan daripada enam hingga lapan minggu kepada empat minggu. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya berkata, semua individu yang layak dan membuat janji temu vaksinasi mulai semalam boleh menjadualkan janji temu mereka mengikut tempoh baharu. Mereka yang sudah menerima dos pertama dan janji temu dos kedua mereka dijadualkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu boleh membuat janji temu baharu atau menjadualkan semula tempoh itu. Bagi penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang di Singapura yang…

Read More

Sinovac pula berkesan hadapi Alfa

SATU kajian di Thailand menunjukkan dua dos vaksin Covid-19 Sinovac China berkesan sehingga 71 dan 91 peratus terhadap varian Alfa, yang pertama kali dikesan di England. Penemuan itu berdasarkan kajian dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi di Phuket, Samut Sakhon dan Chiang Rai termasuk petugas kesihatan awam, pada April dan Mei lalu. Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Thailand dan Jawatankuasa Vaksin Kebangsaan yang mengemukakan penemuan itu berkata vaksin itu berkesan mengurangkan jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan awam sebanyak 70.9 peratus. Sejak April, varian Alfa telah dikesan pada hampir 90 peratus kes COVID-19 di…

Read More

Moderna sedia hadapi Delta

VAKSIN Moderna dilaporkan memberi perlindungan tinggi terhadap varian Covid-19 jenis Delta, demikian hasil kajian yang dilakukan pengeluar vaksin berkenaan. Kajian dijalankan ke atas responden yang menerima dos kedua vaksin. Vaksin berkenaan mencetus reaksi antibodi terhadap semua varian yang diuji, kecuali jenis virus yang kali pertama dikesan di China. Vaksin Moderna didapati lebih berkesan menghasilkan antibodi terhadap varian Delta berbanding Beta yang dikesan di Afrika Selatan. Saintis percaya dapatan data terbaharu ini bermakna vaksin keluaran Moderna mampu memberi perlindungan tertinggi terhadap varian baharu yang dikesan.

Read More

R-naught tinggi di lima negeri

PUTRAJAYA 30 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali melonjak dengan lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan yang berada di paras 1.04 berbanding 1.0 pada 28 Jun. Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17 diikuti Putrajaya 1.11, Melaka 1.10, Perak 1.09 dan Negeri Sembilan 1.08. Di bawah purata kebangsaan pula adalah Selangor 1.02, Kuala Lumpur 1.08, Kedah 0.97, Sarawak 0.91, Labuan 0.93, Johor 0.91 dan Sabah 0.90. Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90 manakala Perlis pula tidak merekodkan kes baharu. Setakat ini, kadar…

Read More