5 kes tempatan 1 import

PUTRAJAYA: Lima kes tempatan dan satu kes import Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Rabu, 26 Ogos, menjadikan jumlah keseluruhan 9,291 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes import dilaporkan di Selangor mendapat jangkitan di luar negara iaitu Singapura yang melibatkan bukan warganegara sementara kesemua lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia di Kedah.

Ia termasuk tiga kes daripada Kluster Tawar yang diperincikan di bawah satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 188 kes.

Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Terdapat tujuh kes yang  pulih hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,978 kes (96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Related posts

Leave a Comment