12,140 kes aktif Arab Saudi

RIYADH 30 Jun – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,486 kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 1,567 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 487,592 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 7,819 kematian.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 467,633 termasuk 1,055 lagi pesakit yang dilaporkan pulih manakala kes aktif pula 12,140 dan 1,406 dalam keadaan kritikal

Sementara itu daerah Timur Arab Saudi merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 360 kes diikuti Makkah 317, Riyadh 261 dan Asir 196.

Related posts

Leave a Comment