Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 30 Jun – Indonesia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini apabila jumlah kes positif meningkat kepada 21,807 mengatasi jumlah yang direkodkan sebelum ini 21,342.

Pada masa yang sama angka kematian juga merupakan yang tertinggi dengan merekodkan 467 orang meninggal dunia berbanding 463 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 2,178,272 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 58,491.

Kes baharu yang direkodkan adalah meliputi 32 wilayah di mana lima wilayah mencatatkan kes tertinggi.

Jakarta merekodkan 7,680 kes dikuti Jawa Barat 4.473, Jawa Tengah 2,335, Jawa Timur 1,203 dan Yogyakarta 892.

Lima wilayah yang merekodkan kematian tertinggi adalah Jawa Timur 94, Jawa Barat 90, Jawa Tengah 73, Jakarta: 71 dan Yogyakarta 30.

Kes aktif Covid-19 pula menunjukkan pertambahan sebanyak 10,533 menjadikan jumlahnya 239,368 yang tertinggi sejak pandemik dilaporkan Mac 2020.

Kes sembuh pula setakat ini 1,880,413 termasuk pesakit yang pulih hari ini 10,807.

Sementara itu, sebanyak 29,279,142 telah mendapat satu dos manakala 13,465,499 lengkap dua dos.

Related posts

Leave a Comment