Selangor ‘konsisten’, Perlis catat kes

PUTRAJAYA 30 Jun – Perlis kembali mencatatkan lima kes jangkitan Covid-19 sementara Selangor terus ‘konsisten’ dengan menyumbangkan 2,836 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara hari ini sebanyak 6,276.

Semalam, Selangor merekodkan 2,299 kes sementara Perlis pula sifar kes.

Walaupun ada beberapa negeri yang mencatatkan peningkatan berbanding semalam, jumlahnya di bawah 400 kes didahului Sarawak yang merekodkan 376 berbanding 242 semalam.

Johor merekodkan 299 (271), Sabah 242 (178), Kelantan 159 (131), Wilayah Persekutuan Labuan 132 (117) dan Pulau Pinang 131 (115).

Tujuh negeri merekodkan penurunan kes iaitu Negeri Sembilan 644 (700), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 625 (1,361), Kedah 226 (284), Melaka 223 (252), Pahang 210 (250), Perak 137 (184), Terengganu 20 (21) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 11 (32)

Related posts

Leave a Comment