Sembuh atasi kes di Filipina

MANILA 30 Jun – Kes sembuh di Filipina hari ini mengatasi jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini.

Sebanyak 5,839 pesakit dilaporkan sembuh manakala kes positif baharu yang direkodkan adalah 4,509 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,412,559 dan sembuh pula 1,339,248 atau 94.8 peratus.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 24,662 orang apabila 105 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sementara kes aktif pula sebanyak 48,649 orang atau 3.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment