Israel serbu Masjid Al-Aqsa

TIDAK sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis melanggar persetujuan tersebut apabila polis Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin. Al-Jazeera melaporkan, sebaik selepas solat Jumaat, jemaah melaungkan slogan meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. Namun, polis kemudiannya bertindak melepaskan bom asap dan gas pemedih mata kepada jemaah bahkan mereka turut naik ke bumbung Masjid Al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran. Tindakan terbaharu itu membuktikan Zionis, sama juga seperti dahulu, tidak langsung menghormati gencatan…

Read More

Kes harian Indonesia 5,746

JAKARTA  21 Mei – Sebanyak 4,570 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,626,142 manakala kes positif pula mencecah 1,764,644 dengan pertambahan 5,746 kes baharu. Bagi kes kematian pula, jumlah kumulatif meningkat kepada 49,073 selepas 186 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia sementara kes aktif meningkat kepada 89,429. Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat yang merekodkan 1,484 orang dan kumulatifnya 270,835, Riau 649 (48,493), Sumatera Barat 314 (37.892), Yogyakarta 263 (39.586) serta Jawa Timur 169 (139.810). Jawa Barat juga merekodkan pertambahan kes positif yang…

Read More

Arab Saudi catat 1,136 kes harian

RIYADH 21 Mei – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,136 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 1,330 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, 10 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan setakat ini 438,705 dan kematian pula 7,224 orang. Sebanyak 980 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 422,706. Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan merekodkan 342 kes diikuti Makkah 276, daerah Timur 150, dan Madinah 73 . Kes aktif pula sebanyak 8,775 dan 1,331…

Read More

40 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Mei – Sebanyak 40:kes baharu direkodkan setakat tengah hari ini melibatkan 10 kes import dan 30 lagi kes dalam kalangan masyarakat. Sebanyak 22 daripada 30 kes tempatan berkait jangkitan sebelum ini manakala lapan tidak ada kaitan dengan mana-mana kes. Menurut Kementerian Kesihatan, tiada kes dilaporkan di asrama pekerja asing. Bagi kes import, lapan daripadanya melibatkan rakyat dan penduduk tetap Singapura. Semuanya sudah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Setakat hari ini, Singapura mencatatkan sebanyak 61,770 kes dan 32 kematian.

Read More

Kematian meningkat di India

INDIA melaporkan 259,551 kes jangkitan baharu Covid-19 sepanjang 24 jam lalu pada Jumaat, 21 Mei, merosot sekitar 16,000 berbanding 276,110 kes semalam.. Bagaimanapun jumlah kematian meningkat sebanyak 4,209 menjadikan 291,331 kematian manakala jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus di negara itu kini berjumlah 26.03 juta. Negeri di seluruh India semalam mengarahkan tindakan kecemasan bagi mengatasi peningkatan jangkitan ‘kulat hitam’ yang boleh membawa maut dalam kalangan pesakit Covid-19. Dua negeri, Gujarat dan Telangana mengisytiharkan jangkitan kulat dikenali sebagai mucormycosis itu sebagai wabak, sementara New Delhi dan beberapa bandar raya utama sudah membuka wad…

Read More

6,258 kes, 141 kematian di Filipina

MANILA 21 Mei – Setakat pukul 4 petang ini, Filipina merekodkan 6,258 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,171,403 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), angka kematian menunjukkan peningkatan apabila 141 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 19,763 kematian. Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 1,096,109 orang atau 93.6 peratus termasuk kes sembuh hari ini 2,586 orang. Kes aktif pula adalah 55,531 orang atau 4.7 peratus.

Read More

Thailand catat 32 kematian, 3,481 kes

BANGKOK 21 Mei – Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 735 orang apabila 32 lagi meninggal dunia ketika kes positif baharu yang direkodkan hari ini sebanyak 3,481 yang membawa kepada 123,066 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 3,481 kes, sebanyak 2,530 kes melibatkan penduduk awam manakala 951 kes di dalam penjara dan 12 lagi kes import. Sebanyak 1,644 kes disahkan di hospital dan 874 melalui ujian pengesanan. Sementara itu Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, berkata, sebanyak 32 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 93 tahun, yang terdiri daripada 17 lelaki…

Read More

Lima lagi lokaliti dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR 21 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lima lokaliti melibatkan Sabah, Johor dan Kuala Lumpur berkuat kuasa 23 Mei sehingga 5 Jun 2021. Kawasan tersebut ialah Kampung Pagar Sungai Imam, di Tawau, dua asrama pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill Kilang Purnabina di Kluang serta Kampung Batu Muda Tambahan dan PPR Kampung Limau di Kuala Lumpur. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut melanjutkan PKPD di tiga perkampungan di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan iaitu Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan…

Read More

Sumbangan vaksin bukan penipuan

KOTA KINABALU 21 Mei – Individu yang dikaitkan dengan sumbangan bekalan vaksin Covid-19 kepada kerajaan Pulau Pinang tampil memberikan penjelasan hari ini seterusnya menafikan berlaku penipuan. Yong Chee Kong berkata dia adalah wakil sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong menafikan dakwaan bahawa sumbangan tersebut adalah satu bentuk penipuan atau ‘scam’ seperti didakwa sesetengah pihak. Dia seperti dilapor Astro Awani bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan tersebut. “Saya rasakan sangat tidak adil kepada saya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Apa yang beliau katakan bahawa saya menipu…

Read More

Masih melebihi 6,000 kes

PUTRAJAYA 21 Mei – Hari ketiga, Malaysia terus merekodkan lebih 6,000 kes jangkitan harian, dengan angka hari ini 6,493 termasuk dua kes import berbanding 6,806 semalam dan 6,075 pada Rabu. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 498,795 kes. Daripada 6,493 kes itu, sebanyak 6,491 kes tempatan melibatkan 6,038 warganegara dan 453 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 52,106 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Beliau juga memaklumkan  bahawa terdapat pertambahan 50 kes…

Read More