Arab Saudi catat 1,136 kes harian

RIYADH 21 Mei – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,136 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 1,330 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, 10 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan setakat ini 438,705 dan kematian pula 7,224 orang.

Sebanyak 980 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 422,706.

Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan merekodkan 342 kes diikuti Makkah 276, daerah Timur 150, dan Madinah 73 .

Kes aktif pula sebanyak 8,775 dan 1,331 daripadanya kritikal.

Related posts

Leave a Comment