Kes harian Indonesia 5,746

JAKARTA  21 Mei – Sebanyak 4,570 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,626,142 manakala kes positif pula mencecah 1,764,644 dengan pertambahan 5,746 kes baharu.

Bagi kes kematian pula, jumlah kumulatif meningkat kepada 49,073 selepas 186 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia sementara kes aktif meningkat kepada 89,429.

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat yang merekodkan 1,484 orang dan kumulatifnya 270,835, Riau 649 (48,493), Sumatera Barat 314 (37.892), Yogyakarta 263 (39.586) serta Jawa Timur 169 (139.810).

Jawa Barat juga merekodkan pertambahan kes positif yang tinggi iaitu 1,085 dan kumulatifnya 303,420, Jakarta 856 (422.210), Jawa Tengah 653 (192.791), Riau 512  (53.629) serta Sumatera Barat 362 (41.615). 

Sementara itu,Jawa Tengah mencatatkan 43 kematian dan kumulatifnya 8.964 kes diikuti Riau 17 (1.408), Jawa Timur 16 (11.133), Jakarta 16 (7.038) serta Jawa Barat 16 (4.062). 

Sementara, program vaksinasi Covid-19 telah melibatkan 14.606.331 orang berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 37.098 orang manakala yang menerima vaksinasi kedua jumlahnya meningkat menjadi 9.711.426 orang.

Related posts

Leave a Comment