6,258 kes, 141 kematian di Filipina

MANILA 21 Mei – Setakat pukul 4 petang ini, Filipina merekodkan 6,258 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,171,403 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), angka kematian menunjukkan peningkatan apabila 141 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 19,763 kematian.

Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 1,096,109 orang atau 93.6 peratus termasuk kes sembuh hari ini 2,586 orang.

Kes aktif pula adalah 55,531 orang atau 4.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment