40 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Mei – Sebanyak 40:kes baharu direkodkan setakat tengah hari ini melibatkan 10 kes import dan 30 lagi kes dalam kalangan masyarakat.

Sebanyak 22 daripada 30 kes tempatan berkait jangkitan sebelum ini manakala lapan tidak ada kaitan dengan mana-mana kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiada kes dilaporkan di asrama pekerja asing.

Bagi kes import, lapan daripadanya melibatkan rakyat dan penduduk tetap Singapura.

Semuanya sudah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Setakat hari ini, Singapura mencatatkan sebanyak 61,770 kes dan 32 kematian.

Related posts

Leave a Comment