Thailand catat 32 kematian, 3,481 kes

BANGKOK 21 Mei – Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 735 orang apabila 32 lagi meninggal dunia ketika kes positif baharu yang direkodkan hari ini sebanyak 3,481 yang membawa kepada 123,066 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 3,481 kes, sebanyak 2,530 kes melibatkan penduduk awam manakala 951 kes di dalam penjara dan 12 lagi kes import.

Sebanyak 1,644 kes disahkan di hospital dan 874 melalui ujian pengesanan.

Sementara itu Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, berkata, sebanyak 32 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 93 tahun, yang terdiri daripada 17 lelaki dan 15 wanita.

Lima belas kematian direkodkan di Bangkok, enam di Nonthaburi, dua di Samut Sakhon dan satu masing-masing di Nakhon Pathom, Phatthalung, Surin, Nakhon Ratchasima, Yala, Samut Prakan, Roi Et, Phangnga dan Nakhon Si Thammarat.

Kes sembuh pula melibatkan 2,868 pesakit yang menjadikan jumlah keseluruhan 79,504 orang

Sebanyak 42,827 kes masih dirawat di hospital termasuk 1,248 pesakit yang kritikal dan 408 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Bangkok mendahului jumlah kes iaitu dengan 1,036, sementara 21 wilayah tidak merekodkan sebarang kes.

Kes import pula melibatkan 11 warga Thai yang pulang dari Kemboja dan wanita pelatih Palang Merah Australia dari Mesir.

Related posts

Leave a Comment