Singapura lapor 15 kes baharu

SINGAPURA 21 April – Sebanyak 15 kes baharu Covid-19 dilaporkan, di mana 14 adalah kes import dan satu kes tempatan. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), satu kes jangkitan dalam masyarakat turut dilaporkan di antara 15 kes baru Covid-19 di Singapura pada tengah hari ini Menurut kemas kini awal Kementerian Kesihatan (MOH) lagi 14 kes diimport dan dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Sementara itu, baki 14 kes diimport dan sudah dikenakan SHN atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Dua daripada mereka adalah penduduk tetap yang pulang dari…

Read More

1.6 juta kes, 230 kematian harian

JAKARTA 21 April – Indonesia setakat ini merekodkan 1.6 juta kes positif Covid-19 atau lebih tepat 1,620,569 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 44,007 atau 2.7 peratus dari jumlah pesakit yang positif. Hari Ini, dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 5,720 kes baharu direkodkan dan 230 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Terdapat lima wilayah merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,004  dan kumulatifnya 270.711 kes, Jawa Tengah 673, Jakarta 602, Sumatera Barat 514 dan Riau menambahkan 460 kes. Jawa Tengah merekodkan 83…

Read More

Filipina catat 962,307 kes

MANILA 21 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 9,227 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 962,307 kes dengan kes aktif sebanyak 116,434. Setakat pukul 4 petang ini juga, jumlah pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 19,699 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan 829,608 atau 86.2 peratus Peningkatan kematian juga berlaku apabila 124 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 16,265 orang.

Read More

Thailand catat 1,458 kes

BANGKOK 21 April – Thailand merekodkan 1,458 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,443 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 46,643 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, angka kematian pula meningkat kepada 110 apabila dua lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 56 tahun dari Bangkok yang turut mengalami penyakit kronik, mengalami batuk dan demam, diuji positif pada 13 April, dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu dan meninggal dunia pada Isnin. Kematian ke-110 pula, seorang lelaki, 32 dari Nonthaburi, mengalami batuk dan demam pada 8…

Read More

PKP seluruh Negeri Kelantan

PUTRAJAYA 21 April – Seluruh negeri Kelantan kini dikenakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) apabila tiga lagi jajahan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang terlibat dengan perintah itu mulai esok, 22 April sehingga 29 April. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata berlaku peningkatan kes Covid-19 yang ketara di tiga jajahan tersebut. Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 18 kes kepada 112 kes dan ketiga-tiga jajahan ini telah bertukar kepada zon merah. “Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di…

Read More

Tujuh kluster baharu, 340 aktif

PUTRAJAYA 21 April – Tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti, dua kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan satu kluster tempat kerja. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster 1,541 di mana 1,201 telah tamat termasuk tujuh hari ini manakala 340 kluster masih aktif. Tujuh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Industri Sofa, Kluster Andromeda, Kluster Nanga Bulo, Kluster Tapak Bina Jalan Salak, Kluster Industri Sungai Gadut, Kluster Jalan Changkat Jong, dan Kluster Jalan Awang. Sebanyak 67 kluster…

Read More

Selangor mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 21 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 526 kes (22.5 peratus) berbanding 539 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes (72.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak  sebanyak 429 kes (18.3 peratus) dan Kelantan sebanyak 370 kes (15.8 peratus). Selangor: 526 kes  54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tiga dan Kluster Jalan Langat Ceria; 328 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Enam…

Read More

2,340 kes baharu, 11 kematian

PUTRAJAYA 21 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini hanya kurang satu kes daripada semalam iaitu 2,340 menjadikan jumlah keseluruhan 381,813 dengan kes aktif 21,687. Daripada jumlah kes baharu itu, 12 adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan 11 bukan warganegara sementara kes tempatan, 2,136 adalah warganegara dan 192 bukan warganegara. Sebanyak 40 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara, dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Siput Dua (36 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa…

Read More

83 kluster sektor pendidikan

PUTRAJAYA 21 April – Sebanyak 83 kluster Covid-19 melibatkan 4,868 kes dilaporkan berlaku dalam sektor pendidikan sepanjang tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Daripada  jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif manakala 34 atau 40.96 peratus kluster dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat. Beliau memberitahu daripada jumlah kluster tersebut juga, sebanyak 39 atau 46.99 peratus kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub-kategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tambah beliau, 19 atau 22.89 peratus kluster dengan 1,870 kes melibatkan sub-kategori…

Read More