1.6 juta kes, 230 kematian harian

JAKARTA 21 April – Indonesia setakat ini merekodkan 1.6 juta kes positif Covid-19 atau lebih tepat 1,620,569 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 44,007 atau 2.7 peratus dari jumlah pesakit yang positif.

Hari Ini, dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 5,720 kes baharu direkodkan dan 230 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Terdapat lima wilayah merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,004  dan kumulatifnya 270.711 kes, Jawa Tengah 673, Jakarta 602, Sumatera Barat 514 dan Riau menambahkan 460 kes.

Jawa Tengah merekodkan 83 kematian dengan kumulatif 7,771 diikuti Jawa Barat 44, Jawa Timur 28, Jakarta 12 dan Yogyakarta sembilan.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,475,456 termasuk kes sembuh harian sebanyak 7,314.

Lima provinsi yang mencatatkan pertambahan kes adalah Jawa Barat 2,308,

Jawa Tengah 388.008, Kalimantan Selatan 281 orang, serta DI Yogyakarta menambahkan 242 orang dan kumulatifnya 32.152 orang.

Mengenai program vaksinasi Covid-19, hari ini jumlah penerimanya meningkat melebihi 11 juta orang atau 11.269.213 orang.

Peningkatan ini dengan adanya tambahan penerima vaksin harian sebanyak 167.922 orang manakala yang menerima vaksinasi kedua jumlahnya meningkat menjadi 6.322.003 orang.

Related posts

Leave a Comment